L

embaga Majlis Perwakilan Pelajar Kokurikulum atau lebih dikenali sebagai Lembaga MPPK SMK Sacred Heart telah ditubuhkan pada tahun lepas hasil ilham tuan pengetua, Encik Liong Shou Chuan yang senantiasa membawa arus pembaharuan dan pemodenan dalam paradigma pendidikan. Beliau dapat menvisualkan terdapat keperluan  memperkasakan sekolah bukan sahaja melalui bidang Kurikulum tetapi Kokurikulum yang turut memupuk dan menghasilkan pelajar yang pemikiran matang, kreatif dan kritis serta mampu berdaya saing mengurus sesuatu pertubuhan serta berupaya mengelolakan aktiviti atau pertandingan yang bertaraf kebangsaan dan antarabangsa.

            Lembaga MPPK mempunyai ahli yang meliputi lima kategori di SMK Sacred Heart iaitu Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan Akademik, Kelab dan Persatuan Perkhidmatan, Kelab Kerohanian serta Sukan dan Permainan. Mereka ini diamanatkan untuk menjaga dan menguruskan pertubuhan masing-masing disamping menyediakan peluang bagi pelajar melibatkan diri secara aktif serta mengasah dan mengilap bakat dan potensi mereka.  Ahli – ahli MPPKo-K juga akan dilentur dan dibentuk agar pemimpin yang berhemah, berdaya saing serta berintegriti sejajar dengan motto mereka “Berhemah dan Berintegriti”.

            Walaupun sebagai Lembaga yang berusia setahun jagung, Lembaga MPPK sudah terbukti kemampuannya dengan mengelola beberapa aktiviti yang berprestij seperti Karnival Badan Beruniform, Kuiz Mata Pelajaran dan Karnival Sukan dan Permainan di bawah pimpinan saudara Yong Jyuk Ing (2007), Mackartny Jampong (2008), Vincent Sii (2009) dan Ng Kee Han (2010)

            Dengan tunjuk ajar dan pimpinan Pengetua kami, Encik Vincent Liong Shou Chuan yang mampu merealisasikan sebuah idea kepada kenyataan, Lembaga MPPK SMK Sacred Heart bakal muncul sebagai sebuah Lembaga MPPK yang cemerlang, gemilang dan terbilang di Sarawak malahan seluruh Malaysia.